KELIRU?!@#$

Posted by BLUEBIRU | 9:42 AM | 0 comments »


Tidak kusangka hari yang ku anggap membahagiakan adalah hari yang dukacita untuk teman yang kuanggap sahabat. Kerana emosi dan perasaanku yang melayang bagai di syurga, dia terasa seperti disisihkan. Sukar rupanya untuk memuaskan hati semua orang yang kita sayangi. Tidak kira keluarga mahupun sahabat. Perasaan sedih perlu ditukar supaya apa yang mereka lihat hanya senyuman. Namun.... yang berlaku telah berlaku dan persepsi setiap orang amat berbeza. Sebenarnya apakah perbezaan teman, kawan, rakan dan sahabat. Bagi orang lain pasti ianya tiada yang beza pun. Ejaan saja yang lain. Tapi bagi aku sahabat itu adalah seseorang....seseorang yang sentiasa ada bila-bila saja kita memerlukannya. Teman untuk kita berbicara...berkongsi suka ... duka... sms maupun berhadapan. Entahlah.....aku tak pasti samada aku sudah menemui teman yang benar-benar digelar sahabat. Aku amat merindui saat persekolahan. Kerana ketika itu, persahabatan amat penting dan ikatan yang terjalin bagaikan talian suci. Geng 12 dan sahabatku sejak kecil (kat UK bila nak balik!!) amat kurindu. Pengganti mereka sukar dicari. Rindunya!!!!!!! Namun hidup harus diteruskan. Tanpa atau bersama sahabat. Namun jalan yang gelap dan berliku amat sunyi tanpa teman yang bergelar sahabat.

0 comments